Sunday, September 21, 2008

Kojiq's World

This blog is dedicated to my beloved nephew Haziq, and thousands of little boys and girls who have the same condition as he does. Also, to all parents, siblings, relatives, caregivers, friends and neighbours of all those little boys and girls, who understand, or are learning to understand, or at least are beginning to learn to accept all those little boys and girls with all their love, for what those little boys and girls truly are - gifts from Him.

I hope this blog will help us understand these little boys and girls, and help us rid of our prejudices against what they have. I wish to share every little bit of information that may be beneficial for children with autism, and I hope readers with information will share theirs with me too. Don't worry if you do not have information to share, your taking time to read this blog is more than enough, and I thank you for that!

This is not a blog written by a professional. I do not have any medical or formal training in caring for children with special needs. What information I have, are probably from readings or interactions with other caregivers of special needs children, or watching tv, or merely from my googling.

But one thing for sure is that I love my nephew, and I give my support to my sister (Haziq's mother), and there is nothing I would not do for them! Family comes first.

People, welcome to my blog about autism.


MIRROR POST

Blog ini didedikasikan kepada anak saudara kesayanganku Haziq, dan ribuan lagi kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mempunyai keadaan yang sama dengannya. Juga kepada ibubapa, adik-beradik, saudara-mara, penjaga, sahabat dan jiran kepada semua kanak-kanak tersebut, yang memahami, atau sedang belajar memahami, atau sekurang-kurangnya sedang mula belajar untuk menerima semua kanak-kanak tersebut dengan sepenuh hati, sebagai suatu anugerah dariNya.

Aku harap blog ini akan membantu kita lebih memahami kanak-kanak tersebut, dan membantu kita meghilangkan prejudis terhadap keadaan mereka. Aku ingin berkongsi segala pengetahuan yang mungkin bermanfaat untuk kanak-kanak dengan autism, dan aku harap pembaca yang budiman juga turut berkongsi pengetahuan mereka denganku. Jangan bimbang jika kau tiada pengetahuan untuk dikongsi, kerana sekadar meluangkan masa untuk membacanya pun sudah amat baik, dan aku ucapkan terima kasih!

Blog ini bukan ditulis oleh seorang pakar. Aku tidak mempunyai apa-apa latihan perubatan atau formal dalam hal penjagaan kanak-kanak istimewa. Segala pengetahuan yang aku ada, datang dari bahan bacaan, atau interaksi dengan ibubapa dan penjaga kanak-kanak istimewa yang lain, atau dari tv, atau dari google.

Walau apapun, yang pasti ialah aku sangat sayangkan anak saudaraku, dan aku sentiasa memberi sokongan kepada adikku (ibu Haziq), dan tiada apa yang aku takkan buat untuk mereka! Keluarga adalah yang utama.

Rakan-rakan, selamat datang ke Blogku mengenai autism.


No comments: